Detik-Detik Lelaki China Tikam 23 Kanak-Kanak - BEIJING
: Pihak polis kelmarin menyiarkan imej yang dirakamkan dari kamera
keselamatan mengenai detik-detik seorang lelaki, Min Yongjun mengamuk
dengan menikam 23 kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di Kampung
Chenpeng, daerah Guangshan, wilayah Henan.
Yongjun, 36, menikam
seorang wanita di rumahnya dekat sekolah tersebut sebelum dia bertindak
mengamuk dengan mencederakan kanak-kanak itumenggunakan pisau.
Anggota-anggota polis dan guru kemudian berjaya menangkapnya dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.
Menurut siasatan awal
polis, Yongjun melakukan perbuatan tersebut kerana terpengaruh dengan
khabar angin bahawa kiamat akan berlaku pada Jumaat ini.
Ekoran kejadian itu,
agensi berita Xinhua melaporkan pada Selasa lalu, dua guru besar, dua
pegawai polis, seorang pegawai keselamatan dan pegawai pelajaran
dipecat.
Kanak-kanak yang cedera itu berusia enam hingga 12 tahun.
Kebanyakan mereka mengalami luka yang serius di kepala dan tangan. – Agensi
No comments: