NUFF ads

..::Peluang Peluang Perniagaan Online ::..

...::: Rakan Kami :::...

...::: Iklan Premium :::...

Tuesday, 18 December 2012

RESEPI DAN CARA MEMBUAT DURIAN CREPE (GAMBAR)

Sekarang ini semua orang macam dah demam dengan Durian Crepe. Buka Facebook je, semua orang bercerita tentang snek terbaru ini. Saya sendiri baru semalam merasa menjamahnya, itupun pemberian seorang jiran membalas hidangan yang isteri saya hantar ke rumahnya sebelum itu.

Tak ada yang berminat pun nak jamah Durian Crepe ini mulanya, kerana keluarga saya bukanlah penggemar durian, cuma saya seorang sahaja. Bila saya mula cuba 1 biji Durian Crepe ini, sampai tak boleh nak berhenti pula, sampai habis saya seorang je yang makan.
Bila saya buat carian di Google, bukannya susah sangat pun nak buat snek ini rupanya. Orang lelaki yang jarang ke dapur pun saya pasti boleh membuatnya. Di sini saya sertakan resepi yang saya dapat di sini (KLIK) dan gambar sumber Google cara membuat Durian Crepe.


BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT ( 30 biji)
  • 250gm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa, yang selalu orang buat warna hijau atau kuning telur)
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme
  • Isi durian yang telah dilenyek


CARA- CARA MEMBUAT DURIAN CREPE

 
Campur semua bahan-bahan untuk membuat kulit Durian Crepe ini, kemudian blender dan tapis.

Panaskan kuali non-stik pan dengan api yang kecil. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. Tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.

Pukul  Non Dairy Whipping Creme sehingga sebati. Kalau tak faham macam mana nak buat, boleh ke LINK ini.

Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah, lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream.

Akhir sekali lipat dan simpan di dalam peti sejuk. Telah sedia untuk dimakan, yum..yum.

No comments:

... ::: Rakan Gua :::...

ads float1

Close

disablecopy