NUFF ads

..::Peluang Peluang Perniagaan Online ::..

...::: Rakan Kami :::...

...::: Iklan Premium :::...

Saturday 22 December 2012

C-Thru : Helmet Futuristik Untuk Kegunaan Ahli Bomba (9 Gambar)


Pekerjaan sebagai ahli bomba bukanlah pekerjaan yang mudah. Setiap kali melawan kebakaran mereka bersabung nyawa untuk memastikan harta benda dan nyawa dapat diselamatkan. Antara masalah yang dihadapi oleh ahli bomba seluruh dunia ialah kesukaran melihat apa yang ada di depan mereka apabila asap terlalu tebal. Kami tahu ada ahli bomba yang membawa alat Forward Looking Infra Red (FLIR) apabila memasuki kawasan kebakaran. Masalahnya alat FLIR ini harus dipegang. Jika asap tebal nak tengok tangan sendiri pun tak nampak apakan pula skrin FLIR yang dipegang.

C-Thru Smoke Diving Helmet ialah konsep helmet dengan paparan FLIR terbina dalam pada visor helmetnya. Ianya buah firkiran Omer Haciomeroglu dan diharap dapat memudahkan tugas ahli bomba ketika "menyelam" kedalam kekabutan asap. Ini ialah sebuah konsep yang kami rasa boleh dihasilkan kerana sekarangpun sudah ada helmet paparan terbina dalam yang digunakan oleh juruterbang pesawat pejuang, Ada baiknya jika teknologi ketenteraan ini dapat digunapakai untuk kegunaan awam. Sudah pasti banyak nyawa dapat diselamatkan jika C-Thru menjadi realiti!



Laporan asal Tuvie

No comments:

... ::: Rakan Gua :::...

ads float1

Close

disablecopy