Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya
untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu
berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah “orang alim” ,
orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T.
ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,”Bukankah AKU telah
mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?” Orang itu
menjawab. “Benar,wahai Tuhan.” ALLAH SWT kembali bertanya. ”Apa yang
engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” Orang tersebut menjawab,
”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari”
Malaikat berkata kepadanya, “engkau berdusta”. ALLAH SWT berfirman
“engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.
Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ”Engkau telah AKU
beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”. Orang itu menjawab, ”Benar
wahai tuhan”. ALLAH SWT kemudian bertanya, ”Apa yang telah engkau
kerjakan dengan hartamu itu?”, dia menjawab, ”Dengannya aku
bersillaturrahir03;m dan juga bersedekah.” ALLAH SWT berfirman
kepadanya, “Engkau dusta”. Malaikat juga berkata begitu. ALLAH
berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang
dermawan.”
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan
ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?”
Dia menjawab, ”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU,
maka aku berperang sehingga terbunuh.” Maka ALLAH SWT berfirman
kepadanya ,”Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu.” ALLAH SWT
berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang
berani”.
“Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ”Wahai
Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama
sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.””
P/S>>>Niat dan keikhlasan dalam hati kita harus kuat dalam
mengerjakan sesuatu perkara……. Hanya Kerana ALLAH SWT. DIA maha
mengetahui setiap apa yang kita lakukan…
Sumber