Foto penumpang bas
berlumuran tahi kini menjadi ‘viral’ apabila tersebar secara meluas di
internet setelah sebuah bas awam terlibat dengan kemalangan dengan
sebuah lori najis di China baru-baru ini.
Kemalangan tersebut
berlaku pada 2 Januari lalu dan ia sempat dirakamkan jurugambar amatur
yang kebetulan lalu di tempat kejadian.
Difahamkan, bas tersebut merempuh belakang lori tersebut hingga menyebabkan tangkinya pecah
Malang sekali
kumbahan tersebut melimpah masuk ke dalam bas hingga menyebabkan
sekurang-kurangnya lapan penumpang terpaksa ‘bermandi’ najis!
Mereka kemudiannya dihantar ke hotel berhampiran dan diberikan sepasang pakaian baru serta wang pampasan sebanyak RM488 seorang.
Namun antara
komen yang paling banyak diterima oleh kesemua mangsa bukanlah simpati,
tetapi ‘galakan’ agar mereka membeli loteri!
Kononnya kejadian itu bakal membawa ‘tuah’ kepada mangsa disebabkan ia jarang-jarang sekali berlaku.
Sementara itu agensi
berita Xinhua melaporkan, pihak mereka mendapat pengesahan yang ‘najis’
itu adalah sisa makanan yang telah diproses untuk dijadikan makanan
babi.
Apapun pakar
bahasa kini mungkin perlu mengkaji balik peribahasa ‘malang tak berbau’
kerana kejadian ini menunjukkan - adakalanya malang itu juga boleh
BERBAU!
No comments: