NUFF ads

..::Peluang Peluang Perniagaan Online ::..

...::: Rakan Kami :::...

...::: Iklan Premium :::...

Showing posts with label Ghaib. Show all posts
Showing posts with label Ghaib. Show all posts

Thursday, 4 October 2012

Kedai Daging Manusia Sempena Resident Evil 6 (13 Gambar)

Untuk mempromosikan permainan komputer Resident Evil 6 di United Kingdom, CAPCOM membuka sebuah kedai daging yang menjual "daging manusia". Kedai Wesker and Son ini dibuka di Timur London. Setiap hasil jualan kedai daging ini akan disedekahkan kepada Persatuan Individu Kudung London. Gambar di bawah mungkin tidak sesuai di lihat untuk individu bawah umur atau di tempat kerja. Klik link berita penuh untuk gambar yang lebih menjijikkan.




Laporan asal BuzzFeed

Wednesday, 26 September 2012

Padah Letak Gambar Di Facebook, Pelajar Ini Disihir

IRA (tengah) ditemu bual oleh wartawan Kosmo!, Suhana Md. Yusop sambil diperhatikan oleh Shamsuri Shafie di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
NILAI – Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB). Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

“Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

“Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

“Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya,” dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

Dia sering kali ternampak lembaga hitam dan selalu dengar bunyi loceng di bawah katil dia. dia juga pernah bermuntahkan abu mayat [seram!]

Berat badan yang asalnya 50KG, tinggal 43KG sahaja sebab terkena sihir itu.

“Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,” ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

Oleh itu, kepada awak, awak dan awak semua, jangan letak banyak sangat gambar dekat FB itu, lagi senang tak payah letak langsung. Letak gambar kucing lagi bagus. Hehehe..

Ini merupakan pengajaran yang baik untuk mereka yang suka sangat nak letak gambar cute dan comel dekat laman sosial tu. Bukan Facebook saja, ini termasuk semua laman sosial yang wujud di alam muka bumi nie. Wassalam...

... ::: Rakan Gua :::...

ads float1

Close

disablecopy