NUFF ads

..::Peluang Peluang Perniagaan Online ::..

...::: Rakan Kami :::...

...::: Iklan Premium :::...

Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Friday, 11 January 2013

Ngeri :Pameran Mayat Manusia Dan Haiwan Tanpa Kulit [GAMBAR]

 Cologne Zoo pameran kontroversi artis Gunther von Hagens, haiwan dikhaskan. Pameran membentangkan 20 karya plasticization.Anatomi Jerman Gunther von Hagens, yang digelar "Doktor Kematian ", menjadi terkenal dengan mewujudkan ukiran mayat manusia dan haiwan, menggunakan proses plastination dicipta olehnya.
 Proses Plastination dengan membuang kulit dari mayat-mayat, yang boleh dilihat tisu otot telanjang, saraf dan organ-organ dalaman, yang dilindungi dengan bahan-bahan sintetik yang menghalang pereputan tisu.
 Dalam karya ini Gunther von Hagens menggunakan sejenis bahan yang menghalang mengeluarkan sebarang bau dan tidak mereput dan semua cecair dan lemak dikeluarkan.




















Saturday, 22 December 2012

C-Thru : Helmet Futuristik Untuk Kegunaan Ahli Bomba (9 Gambar)


Pekerjaan sebagai ahli bomba bukanlah pekerjaan yang mudah. Setiap kali melawan kebakaran mereka bersabung nyawa untuk memastikan harta benda dan nyawa dapat diselamatkan. Antara masalah yang dihadapi oleh ahli bomba seluruh dunia ialah kesukaran melihat apa yang ada di depan mereka apabila asap terlalu tebal. Kami tahu ada ahli bomba yang membawa alat Forward Looking Infra Red (FLIR) apabila memasuki kawasan kebakaran. Masalahnya alat FLIR ini harus dipegang. Jika asap tebal nak tengok tangan sendiri pun tak nampak apakan pula skrin FLIR yang dipegang.

C-Thru Smoke Diving Helmet ialah konsep helmet dengan paparan FLIR terbina dalam pada visor helmetnya. Ianya buah firkiran Omer Haciomeroglu dan diharap dapat memudahkan tugas ahli bomba ketika "menyelam" kedalam kekabutan asap. Ini ialah sebuah konsep yang kami rasa boleh dihasilkan kerana sekarangpun sudah ada helmet paparan terbina dalam yang digunakan oleh juruterbang pesawat pejuang, Ada baiknya jika teknologi ketenteraan ini dapat digunapakai untuk kegunaan awam. Sudah pasti banyak nyawa dapat diselamatkan jika C-Thru menjadi realiti!



Laporan asal Tuvie

Friday, 19 October 2012

Alat Muzik Dari Senjata Pedero Reyes (11 Gambar)

Pedro Reyes ialah seorang artis yang berasal dari Mexico. Negara Mexico terkenal dengan masalah lambakan senjata yang digunakan dalam kes pembunuhan diantara kartel dadah. Pedro bekerjasama dengan sebuah badan NGO yang mengutip senjata untuk ditukarkan dengan barangan elektrik. Senjata yang dikutip kemudian akan dimusnahkan. Pedro merasakan selain dari dimusnahkan ianya boleh digunakan untuk semula untuk menghasilkan hasil seni. Dari idea ini terhasilkan 50 alatan muzik yang dibuat sendiri oleh beliau di bawah. 



Foto dan Laporan asal DesignBoom

Wednesday, 17 October 2012

Ruper Geng Gogo PowerRangers Sekarang!!!

Amy Jo Johnson ialah pelakon yang membawa watak The Pink Ranger di dalam siri Mighty Morphin' Power Rangers. Beliau masih lagi berlakon dan kini membintangi siri TV Flashpoint. Tahukah anda beliau kini berusia 42 tahun? Time flies eh?











Ni Plak 2 Penjahat citer tu :)

Paul Schrier (42) dan Jason Narvy(38) mungkin nama yang anda tidak berapa kenali. Tetapi watak Bull and Skull yang mereka mainkan di dalam siri Power Ranges dikenali seluruh dunia. Tahukah anda nama sebenar Bulk ialah  Farkas 'Bulk' Bulkmeier dan Skull pula ialah Eugene 'Skull' Skullovitch?





Sumber dari PengembaraBumiKenyalang


Gambar Dari Terjunan Felix Baumgartner Pagi Tadi (14 Gambar)

Felix Baumgartne r pagi tadi berjaya memcatatkan tiga rekod baru dunia ialah terjunan tertinggi, terjunan terpantas dan ketinggian maksimum menggunakan belom. Beliau berjaya mencapai kelajuan 1342.8 kilometer sejam.
Percubaan pagi tadi ialah percubaan beliau setelah percubaan asal beliau 8 Oktober lalu dibatalkan kerana cuaca yang buruk. Tahniah Felix! Manusia pertama mencecah kelajuan bunyi tanpa menggunakan kuasa sendiri.


Thanks @AmanFirdaus for the link





Laporan asal
Facebook Maxis

Helikopter Tempur Pasukan Pertahanan Diri Jepun (11 Gambar)

Budaya Kawaii memang sinonim dengan Jepun. Semua benda dalam dunia inipun orang Jepun mahu diKAWAIIkan oleh mereka. Jadi tidaklah mengejutkan apabila sebuah helikopter tempur anti kereta kebal AH-1S Cobra diberikan sentuhan kawaii sempena festival udara Kem Kisarazu. Badan helikopter ini dilukis dengan maskot Skuadron 4ATH iaitu Akane Kisarazu. Yep even the squadrom mascot is an "anime" character. Ini berbeza dengan apa yang dilakukan oleh juruterbang dari Amerika Syarikat yang lebih gemar menggunakan maskot berupa gadis pin-up. Menurut laporan Sankaku Complex pihak pasukan pertahanan diri Jepun, bilangan orang ramai yang ingin memasuki tentera bertambah sejak karakter anime dan cosplayer sebegini digunakan ketika hari terbuka kem. Mungkin di Malaysia pihak tentera boleh menggunakan taktik yang sama bagi menambahkan minat orang awam untuk berkhidmat dengan tentera!



Laporan asal SankakuComplex

Thursday, 11 October 2012

Masjid alide Edip Adivar : Masjid Moden Di Turki (12 Gambar)


Lama kami tak paparkan rekaan masjid di Blogserius. Mungkin kerana kami terlalu iblis dan masonik. Hari ini mari lihat konsep untuk Masjid Halide Edip Adivar di Istanbul Turki. Masjid ini berbeza dari kebanyakkan masjid yang biasa kita lihat kerana ia langsung tidak mempunyai kubah bawang yang sinonim dengan kebanyakkan masjid. Selain daripada itu tingkap masjid ini berbentuk geomatrik dan bukannya kotak seperti biasa. Paling menarik ialah kewujudan tempat letak kereta bawah tanah yang genius! Tempat letak kereta ini dibina bagi mengurangkan masalah kesesakan ketika solat jumaat. Jemaah boleh meletakkan kereta tanpa meneyebabkan kesesakan kerana double parking. Kami rasakan di Malaysia parking yang secukupnya harus ada pada masjid. Walaupun hari jumaat it suci dan solat jumaat itu wajib bagi lelaki, adalah tak patut jalan-jalan keliling masjid dipenuhi kenderaan yang diletakkan secara ikut suka hati bapak kau. 





Laporan asal Architizer

Saturday, 22 September 2012

Sejarah Roda Ferris Pertama Dunia (9 Gambar)

Roda Ferris atau dalam bahasa penjajahnya Ferris Wheel ialah tarikan yang sangat sinonim dengan fun fari di Malaysia. Kami masih ingat pengalaman kali pertama menaiki roda Ferris ketika berumur 7 tahun. Rasa sangat teruja. Kali terakhir kami menaiki roda Ferris ialah menaiki Singapore Flyer ketika kami Honeymoon tempohari. Flyer ialah roda Ferris tertinggi di dunia dengan ketinggian 165 meter.

Tapi tahukah anda siapakah yang mencipta roda Ferris dan di mana ianya dibina buat pertama kalinya? Roda Ferris dicipta olehg George Washington Gale Ferris Jr yang berasal dari Illinois, Amerika Syarikat. Pekerjaan sebenar beliau ialah seorang jurutera awam dengan kepakaran membina jambatan untuk kegunaan keretapi. 




Pada tahun 1893, World's Columbian Exposition akan di adakan di Chicago. Pihak penganjur mahu membina sebuah struktur ikonik yang dapat menyaingi Menara Eiffel yang dibina sempena Paris International Exposition pada tahun 1889. George Washington Gale Ferris Jr mencadangkan bahawa sebuah roda berputar gergasi dibina bagi membenarkan pengunjung melihat keseluruhan expo dari udara. In a way bolehlah dikatakan idea asal Roda Ferris ialah Menara Eiffel yang boleh berputar!

Pada awalnya cadangan beliau ditolak atas sebab keselamatan tetapi Ferris Jr berjaya mendapatkan sokongan untuk pembinaan struktur beliau dari rakan-rakan jurutera yang lain. Beliau juga berjaya mendapatkan modal membina Roda Ferris yang memakan belanja USD 400 000 ini.


Roda Ferris yang asal mempunyai 36 kabin yang mampu menepatkan 60 orang pada satu-satu masa. Setuap putaran mengambil masa 10 minit. Ketinggiannya pula ialah 80.4 meter. Gandar roda gergasi ini sepanjang 45 kaki dan seberat 71 tan. Bagi menggerakkan roda dua enjin stim dengan 1000 kuasa kuda digunakan. Ketika expo berlangsung sebanyak 38 000 orang menaiki roda Ferris ini setiap hari dan dikenakan bayaran 50 sen seorang.  Selepas expo berakhir roda Ferris ini beroperasis ehingga April 1894 sebelum ditanggalkan dan disimpan.


Pada tahun 1895 ianya dibangunkan semula dan beroperasi sehingga 1903. Ianya kemudian dipindahkan ke St Louis untuk World's Fair 1904. Ianya kemudian dimusnahkan dengan menggunakan dinamit pada tahun 1906. Sepanjang hayatnya roda Ferris pertama dunia ini dikatakan membawa sebanyak 2.5 juta orang penumpang.


George Washington Gale Ferris Junior meninggal dunia pada tahun 1896 kerana demam kepialu pada usia 37 tahun. Selepas berakhirnya World's Columbian Exposition, beliau terpaksa menyaman penganjur expo ini kerana enggan berkongsi keuntungan USD 750 000 hasil kutipan roda ciptaan beliau. Jadi inilah sejarah Roda Ferris. Sebuah roda yang dicipta untuk menandingi Eiffel Tower dan kini menjadi tarikan fun fair seluruh dunia.





Gambar Retronaut
Teks asal  MIT

... ::: Rakan Gua :::...

ads float1

Close

disablecopy