NUFF ads

..::Peluang Peluang Perniagaan Online ::..

...::: Rakan Kami :::...

...::: Iklan Premium :::...

Showing posts with label Future. Show all posts
Showing posts with label Future. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

C-Thru : Helmet Futuristik Untuk Kegunaan Ahli Bomba (9 Gambar)


Pekerjaan sebagai ahli bomba bukanlah pekerjaan yang mudah. Setiap kali melawan kebakaran mereka bersabung nyawa untuk memastikan harta benda dan nyawa dapat diselamatkan. Antara masalah yang dihadapi oleh ahli bomba seluruh dunia ialah kesukaran melihat apa yang ada di depan mereka apabila asap terlalu tebal. Kami tahu ada ahli bomba yang membawa alat Forward Looking Infra Red (FLIR) apabila memasuki kawasan kebakaran. Masalahnya alat FLIR ini harus dipegang. Jika asap tebal nak tengok tangan sendiri pun tak nampak apakan pula skrin FLIR yang dipegang.

C-Thru Smoke Diving Helmet ialah konsep helmet dengan paparan FLIR terbina dalam pada visor helmetnya. Ianya buah firkiran Omer Haciomeroglu dan diharap dapat memudahkan tugas ahli bomba ketika "menyelam" kedalam kekabutan asap. Ini ialah sebuah konsep yang kami rasa boleh dihasilkan kerana sekarangpun sudah ada helmet paparan terbina dalam yang digunakan oleh juruterbang pesawat pejuang, Ada baiknya jika teknologi ketenteraan ini dapat digunapakai untuk kegunaan awam. Sudah pasti banyak nyawa dapat diselamatkan jika C-Thru menjadi realiti!



Laporan asal Tuvie

Ritz Carlton Hong Kong : Hotel Tertinggi Dunia (16 Gambar)


Ritz Carlton Hong Kong ialah hotel tertinggi di dunia. Ia terletak diantara tingkat 102 dan 118  International Commerce Center di Hong Kong. Tingkat tertinggi hotel ini terletak hampir 490 meter dari permukaan bumi. Impressive. Kalau ada duit memang kami nak melawat hotel ini. Tapi apa kan dan daya kami hanya blogger miskin makan pasir. 





Laporan asal Wiki

Wednesday, 19 December 2012

Ducati Monster S4R Edisi Paolo Tesio (13 Gambar)

Ducati Monster S4R ialah sebuah motor berkuasa tinggi yang memang cukup dikenali rider pelesit jalan raya seluruh Malaysia. Mazidul Akmal yang bukan rider pelesit jalan raya pun tahu Ducati Monster S4R is sex on two wheels. Tahukah anda motosikal yang mula dikeluarkan sejak 1993 dan menjalani beberapa evolusi ini ialah motosikal terlaris dikeluarkan oleh Ducati. In fact lebih dari separuh jualan motosikal Ducati terdiri dari keluarga Monster. Versi terkini yang terjual ialah S4R 795 dengan enjin 803 CC.  Ianya dikeluarkan untuk pasaran Asia dan dipasang di Thailand. 

Monster is already sexy as it is tetapi modifikasi custom yang dihasilkan oleh Paolo Tesio menghasilkan perubahan yang sangat mendadak dan seksi. Holy crap sekarang ianya 100 kali ganda lebih menginzalkan. Paolo Tesio melakukan perubahan fork depan, tempat duduk dan fairing gentian kaca yang direkanya sendiri. NICE!








Laporan asal Asphalt and Rubber

Tuesday, 18 December 2012

Konsep Kereta Polis Zaman Hadapan Oleh BMW (8 Gambar)

Antara filem kegemaran kami tahun ini ialah surprisingly Total Recall. Ya kami tahu ramai peminat filem asal merasakan versi baru arahan Len Wiseman tidak sebagus versi Paul Verhoeven. Kami tak setujua kerana kami rasakan versi Wiseman lebih serius dan tidak se LULZY edisi Verhoeven. Tak ada scene hidung besar masa tarik scanner dan topeng muka robotik tapi dari segi visualisasi zaman hadapan Total Recall 2012 adalah sangat jizz! Kami siap paparkan lukisan konsep dari filem ini lagi pasal ianya cool

Anyways BMW juga mempunyai visi masa hadapan seakan filem Total Recall. Konsep kereta peronda polis untuk tahun 2025 mereka ada rupa macam kereta polis filem ini. Kereta peronda terbang mereka bukan sahaja boleh terbang tetapi mempunyai 3 UAV yang boleh digunakan untuk memberikan gambaran dari udara. Ianya digunakan untuk membantu proses penangkapan penjenayah. Cool stuff!

Konsep adalah rekaan Jose Casas dan Won Awe 



 
Laporan asal Fubiz

Friday, 19 October 2012

FSF-1 Sea Fighter : Prototaip Kapal Perang Masa Hadapan? (12 Gambar)

FSF-1 Sea Fighter ialah sebuha kapal perang prototaip yang direka bagi menguji kemampuan kapal jenis katamaran menjadi kapal perang masa hadapan milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Projek FSF sudah beroperasi sejak 2003 dan jika ujian yang dijalankan menunjukkan keputusan positif, kapal berkonfigurasi FSF bagi menggantikan kapal jenis Destroyer yang diguna pakai sekarang. Binaan catamaran dipilih kerana didapati lebih efektik digunakan ketika laut bergelora disamping mempunyai pekali geseran yang lebih rendah untuk kapal konvensional bersaiz serupa. Dalam ujian yang dijalankan FSF-1 mampu bergerak hingga kelajuan 50 knot (90 kmj) berbanding hanya 30 knot (56 kmj) untukkapal pemusnah kelas Arleigh Burke sekarang. 

Tidak seperti kapal perang konvensional yang lain, bahagian dalam kapal FSF boleh ditukar ganti mengikut keperluan misi. Bahagian dalamnya boleh diisikan dengan komponen perang elektronik, pelancaran misil ataupun sebagai pelancar kapal kecil. Rekabentuk dalaman boleh ubah ini mejadikannya lebih versetil dan mudah diberi penaiktarafan untuk masa hadapan. Geladak atasnya yang rata juga boleh menjadi tempat mendarat dua buah helikopter berbanding hanya satu pada kapal pemusnah biasa. Disamping itu rekaan rata kapal ini juga menyukarkan pengesanan menggunakan radar. Adakah rekaan FSF akan benar-benar menjadi rekabentuk masa hadapan? Kita hanya perlu tunggu dan lihat.



Laporan asal Wikipedia
Gambar oleh TheBrigade

Peperangan Bintang : Star Wars Edisi Wayang Kulit (13 Gambar)

Peperangan Angkasa ialah dua keping patung wayang kulit yang kelihatan seperti dua watak utama filem Star Wars. Ianya dihasilkan oleh Tintoy Chuo dan Teh Take Huat.Patung wayang kulit Maharaja Dah Vedeh dan Perantau Langit ini menggabungkan elemen barat Star Wars dengan rekaan tradisi wayang kulit Kelantan. Dalam Peperangan Bintang Darth Vader ialah watak antagonis Maharaja Rawana tradisional manakala Luke Skywalker ialah watak protagonis Seri Rama. 

Tintoy dan Take Huat memdapatkan kerjasama dan izin dari tok dalang terkemuka  Che Mohd Nasir sebelum memulakan projek mash up SCI-Fi + Old Skool ini. Mereka bertemu dengan Che Mohd Nasir terlebih dahulu bagi memastikan apa yang mereka lakukan ini tidak akan dianggap sebagai menghina seni wayang kulit turun temurun yang dipercayai muncul di kelantan sekitar kurun ke 17. Che Mohd Nasir atau lebih dikenali sebagai Pak Nasir merasakan idea Peperangan Bintang adalah idea yang baik kerana ia mungkin dapat menghidupkan semula minat generasi muda kepada seni yang semakin dipinggarkan ini. Syarat yang diberikan oleh Pak Nasir ialah seni wayang kulit Peperangan Bintang tidak memasukkan unsur lucah dan seksual kerana ini bertentangan dengan tradisi wayang kulit.

Kedua-dua patung Maharaja Dah Vedeh dan Perantau Langit sudahpun dijual tetapi Tintoy serta Take Huat sudahpun memulakan perancangan bagi projek mereka yang seterusnya. Kali ini C3P0 dan Princess Leia pula akan mendapat sentuhan mereka. Tak sabar!

Foto dari Facebook Peperangan Bintang 



Petikan dari Blogserius

Wednesday, 17 October 2012

Helikopter Tempur Pasukan Pertahanan Diri Jepun (11 Gambar)

Budaya Kawaii memang sinonim dengan Jepun. Semua benda dalam dunia inipun orang Jepun mahu diKAWAIIkan oleh mereka. Jadi tidaklah mengejutkan apabila sebuah helikopter tempur anti kereta kebal AH-1S Cobra diberikan sentuhan kawaii sempena festival udara Kem Kisarazu. Badan helikopter ini dilukis dengan maskot Skuadron 4ATH iaitu Akane Kisarazu. Yep even the squadrom mascot is an "anime" character. Ini berbeza dengan apa yang dilakukan oleh juruterbang dari Amerika Syarikat yang lebih gemar menggunakan maskot berupa gadis pin-up. Menurut laporan Sankaku Complex pihak pasukan pertahanan diri Jepun, bilangan orang ramai yang ingin memasuki tentera bertambah sejak karakter anime dan cosplayer sebegini digunakan ketika hari terbuka kem. Mungkin di Malaysia pihak tentera boleh menggunakan taktik yang sama bagi menambahkan minat orang awam untuk berkhidmat dengan tentera!



Laporan asal SankakuComplex

Gibbs Quadski : Motor Quad + Jetski (10 Gambar)

Jetskis are fun. We all like riding those noisy bastards when we are at the beach. Quad Bike pun best jugak bila beradvantur di taman sukan lasak. Apakah terjadi jika dua kenderaan ini digabungkan kedalam sebuah kasis dan diberi nama Quadski. As the name suggest Quadski boleh menjadi quadbike dan jetski pada waktu yang sama. Perubahan moda dari kenderaan darat ke kenderaan air hanya memakan masa 4 saat. Quadski dihasilkan oleh syarikat Gibbs yang berpengkalan di Detroit USA. Ianya memulakan hidup sebagai sebuah prototaip pada tahun 2006 dan akan memasuki pasaran bulan hadapan. Ia diperkasakan dengan sebuah enjin BMW dengan 175 kuasa kuda dan mampu begerak diatas air dan darat pada kelajuan 72 kilometer sejam. Harga jualan bermula dari USD 40 000 sebuah. Kinda nice. Now someone please make QuadskiPlaneTankPartyVanMamak. That would be more bad ass!





Laporan asal Quadski

Thursday, 11 October 2012

Kia Optima Edisi Batman (12 Gambar)

Pihak DC dan majalah RIDES menghasilkan sebuah Kia Optima edisi Batman hari ini.  Kia Batman ini sebenarnya sebuah Kia Optima SX yang diberikan sentuhan kustomasi khas. KIA Batmobile ini akan dilelong kepada orang ramai dan hasil lelongan akan diserahkan kepada badan amal We Can Be Heroes. Jika anda di New York kenderaan ini boleh dilihat di New York Comic Con sehingga hujung minggu ini.  




Laporan asal GothamKnights dan RIDES

Masjid alide Edip Adivar : Masjid Moden Di Turki (12 Gambar)


Lama kami tak paparkan rekaan masjid di Blogserius. Mungkin kerana kami terlalu iblis dan masonik. Hari ini mari lihat konsep untuk Masjid Halide Edip Adivar di Istanbul Turki. Masjid ini berbeza dari kebanyakkan masjid yang biasa kita lihat kerana ia langsung tidak mempunyai kubah bawang yang sinonim dengan kebanyakkan masjid. Selain daripada itu tingkap masjid ini berbentuk geomatrik dan bukannya kotak seperti biasa. Paling menarik ialah kewujudan tempat letak kereta bawah tanah yang genius! Tempat letak kereta ini dibina bagi mengurangkan masalah kesesakan ketika solat jumaat. Jemaah boleh meletakkan kereta tanpa meneyebabkan kesesakan kerana double parking. Kami rasakan di Malaysia parking yang secukupnya harus ada pada masjid. Walaupun hari jumaat it suci dan solat jumaat itu wajib bagi lelaki, adalah tak patut jalan-jalan keliling masjid dipenuhi kenderaan yang diletakkan secara ikut suka hati bapak kau. 





Laporan asal Architizer

AMARAN KEPADA SEMUA USAHAWAN ONLINE, OFFLINE DAN PEMBORONG BARANGAN DI DUNIA INTERNET!!!!

AMARAN KEPADA SEMUA USAHAWAN ONLINE, OFFLINE DAN PEMBORONG BARANGAN DI DUNIA INTERNET!!!!

Anda ingin di dedahkan dengan Ilmu dan peluang-peluang berharga mengenai perniagaan ONLINE??? OFFLINE??? dan PELUANG BORONG!!!!

TETAPI TAK TAU DIMANA DAN BAGAIMANA NAK CARI SEMUA PELUANG  INI???

Anda WAJIB tengok website ini SEKARANG JUGAK!!!!! W.A.J.I.B!!!!



Sunday, 7 October 2012

"Orang-Orang" Negara Jepun Yang Comel (12 Gambar)

Di Jepun semua benda nak cute. Tetapi satu benda yang kami tak sangka ada versi kawaii ialah orang-orang. I mean the whole idea of having a scarecrow is untuk menakutkan burung. Tapi kalau orang-orang ada versi Totoro, how can that be scary?



Laporan asal Kotaku

Adakah Ini Rupa Sebenar IPAD Mini (10 Gambar)


Ada ura-ura mengatakan iPad Mini akan diumumkan penghujung bulan ini. Terdapat juga beberapa gambar yang tertiris ke laman sesawang yang menunjukkan rupa prototaip iPad Mini sebesar 7 inci ini. Martin Hajek seorang artis 3D menghasilkan 3D render di bawah bedasarkan ura-ura rekaan yang beliau dengari dari pelbagai sumber. Not bad actually. Kalau ini rekaan sebenar iPad mini elok juga!







Laporan asal Martin Hajek

Thursday, 4 October 2012

Pesawat Peribadi Jackie Chan (16 Gambar)

Tahukah anda Jackie Chan ialah duta jet peribadi berjenama Embraer di China? Beliau menerima sebuah pesawat Embraer Legacy 650 bernialai USD 30 (RM 91 Juta) sebagai sebahagian dari syarat penajaan beliau. Pesawat ini diberikan livery khas jenama JACKIE pada bahagian tepi dan ekor pesawat.Pesawat ini mampu mencapai kelajuan 834 kmj dan membawa 13 orang penumpang. Untunglah jadi duta produk. Dapat kapal terbang percuma. Di Malaysia baru dapat pinjam pesawat peribadi untuk tujuan politik kena hentam oleh cybertrooper. Betul tak Anwar Baim?





Laporan asal ChinaBuzz

... ::: Rakan Gua :::...

ads float1

Close

disablecopy