NUFF ads

..::Peluang Peluang Perniagaan Online ::..

...::: Rakan Kami :::...

...::: Iklan Premium :::...

Friday 19 October 2012

FSF-1 Sea Fighter : Prototaip Kapal Perang Masa Hadapan? (12 Gambar)

FSF-1 Sea Fighter ialah sebuha kapal perang prototaip yang direka bagi menguji kemampuan kapal jenis katamaran menjadi kapal perang masa hadapan milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Projek FSF sudah beroperasi sejak 2003 dan jika ujian yang dijalankan menunjukkan keputusan positif, kapal berkonfigurasi FSF bagi menggantikan kapal jenis Destroyer yang diguna pakai sekarang. Binaan catamaran dipilih kerana didapati lebih efektik digunakan ketika laut bergelora disamping mempunyai pekali geseran yang lebih rendah untuk kapal konvensional bersaiz serupa. Dalam ujian yang dijalankan FSF-1 mampu bergerak hingga kelajuan 50 knot (90 kmj) berbanding hanya 30 knot (56 kmj) untukkapal pemusnah kelas Arleigh Burke sekarang. 

Tidak seperti kapal perang konvensional yang lain, bahagian dalam kapal FSF boleh ditukar ganti mengikut keperluan misi. Bahagian dalamnya boleh diisikan dengan komponen perang elektronik, pelancaran misil ataupun sebagai pelancar kapal kecil. Rekabentuk dalaman boleh ubah ini mejadikannya lebih versetil dan mudah diberi penaiktarafan untuk masa hadapan. Geladak atasnya yang rata juga boleh menjadi tempat mendarat dua buah helikopter berbanding hanya satu pada kapal pemusnah biasa. Disamping itu rekaan rata kapal ini juga menyukarkan pengesanan menggunakan radar. Adakah rekaan FSF akan benar-benar menjadi rekabentuk masa hadapan? Kita hanya perlu tunggu dan lihat.



Laporan asal Wikipedia
Gambar oleh TheBrigade

No comments:

... ::: Rakan Gua :::...

ads float1

Close

disablecopy