NUFF ads

..::Peluang Peluang Perniagaan Online ::..

...::: Rakan Kami :::...

...::: Iklan Premium :::...

Saturday, 22 September 2012

Cool - Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Sultan Brunei (15 Gambar)


Puteri Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah (32) bernikah dengan Pengiran Haji Muhammad Ruzain (28) di  Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien semalam. Dengan satu lafaz sahaja
Pengiran Haji Muhammad Ruzain kini sah menjadi suami kepada Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah di dalam masjlis akada nikah yang berlangsung selepas Zohor semalam. Pada waktu malamnya pula majlis resepsi di adakan di Istana Nurul Iman, Bandar Segi Begawan yang dihadiri 1700 orang tetamu termasuklah Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak dan Isteri. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ialah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah dan bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kewangan sementara Pengiran Haji Muhammad Ruzain pula ialah penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri. Semoga mereka dipanjangkan joodoh. Hensem juga Pengiran Haji Muhammad Ruzain ini.







Laporan asal Daily Mail dan TengkuSyah.Blogspot

Ada ke orang masak Rendang guna Pes Tom Yam???

Jika anda boleh bantu chef masukkan adunan dengan tepat untuk masak rendang ayam, barulah layak digelar pakar!

Ingin Membina Blog Yang Berpengaruh???

Membina Blog Yang Berpengaruh!

Oleh Aqif Azizan & Malina J

Faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan sesuatu blog itu adalah mempunyai jaringan pembaca tetap yang sentiasa ternanti-nanti penulisan terkini anda. Setiap hari mereka akan melawati blog anda walaupun tanpa sebarang update terbaru. Bagi mereka anda merupakan seorang pakar dan idola yang menjadi ikutan mereka.
Untuk membina sebuah blog sebegitu, anda perlu memiliki sebuah blog yang berpengaruh untuk menonjolkan diri anda dan penulisan anda yang dapat menarik minat pembaca. Ebook Strategi Membina Blog Berpengaruh ini pasti mampu membantu anda langkah demi langkah bagi membina blog yang berpengaruh dan disukai ramai walaupun anda hanya mempunyai sebuah blog!

KLIK DISINI UNTUK MENDAPATKAN E-BOOK INI SEKARANG!!!!

Awek 16 tahun Ditinggal Kekasih dan DiUsir Keluarga

awek+hamil
Mimi bersama seorang rakan selepas ditemubual.

Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil.
Lebih mengecewakan, kekasihnya berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain.
Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah.
Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah.
“Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya.
“Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.
“Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon,” katanya.
Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.
Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin.
“Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka.
“Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu,” katanya.
Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar.
“Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya,” katanya.sumber

Thursday, 20 September 2012

Gambar Demo Anti Innocence of Muslim Seluruh Dunia (17 Gambar)

Mengejutkan! Wajah Perempuan Islam Berusia 700 Tahun Masih Sempurna

Terdapat satu laporan di mana ada penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan dijumpai ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur.

Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur . Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.
 
 

Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.

Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.
Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan.

Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud ‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.
Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’ bermaksud ‘gilang-gemilang atau terang-benderang’.

Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau ‘Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya’.

Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China.

... ::: Rakan Gua :::...

ads float1

Close

disablecopy