NUFF ads

..::Peluang Peluang Perniagaan Online ::..

...::: Rakan Kami :::...

...::: Iklan Premium :::...

Thursday, 20 September 2012

Bayar Saman Dengan Duit Yang Dibentuk Origami



Bayar Saman Dengan Duit Yang Dibentukkan Origami
Bayar Saman Dengan Duit Yang Dibentukkan Origami : Banyak cara yang dilakukan setiap orang untuk mengungkapkan kekesalannya terhadap suatu hal, namun ada yang unik dengan lelaki yang tidak mahu menyebutkan namanya ini, seperti yang diberitakan Daily Mail, lelaki ini membuat 137 origami berbentuk khinzir kepada pengadilan. Dia terpaksa membayar sejumlah wang kerana melanggar lalu lintas “Saya mendapat surat saman ini di kota, polis menangkap saya, dan kini saya membayar dengan cara yang tepat,” ungkapnya.
Lelaki yang memiliki akaun Youtube dengan username Bacon Mouse ini juga merakam aksinya ketika menyerahkan ratusan origami berbentuk khinzir yang sebelumnya ditempatkan di dua kotak Dunkin Donuts kepada pihak pengadilan, namun pihak pengadilan menolak menerima wang dalam bentuk origami khinzir tersebut dan memintanya untuk mengembalikan bentuknya yang asal. Petugas pengadilan terkejut dan bertanya, “Apa ini? saya tidak dapat menerima wang dalam bentuk seperti ini.”
Bacon Mouse justru balik bertanya kepada petugas pengadilan tersebut. “Kenapa tidak? Ini wang benar dan sah, saya boleh membayar dengan kad mastercard, tapi pasti anda akan menambah bunga lima persen,” ungkapnya. Bacon Mouse sempat menolak membongkar origami yang telah dibuatnya selama 4 jam, bahkan dia menentang pihak pengadilan untuk menghitung wang berbentuk origami tersebut. – Giler Kentang

No comments:

... ::: Rakan Gua :::...

ads float1

Close

disablecopy